PENYANYI Alif Satar ingin menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti bagi memberikan informasi kepada masyarakat mengenai pandemik Covid-19.

Alif atau nama sebenarnya, Muhamaad Alif Mohd Satar, 30, berkata dia banyak menerima kiriman mesej peribadi (direct message) di Instagram yang memintanya untuk berkongsikan pengalaman tersebut.

Alif turut meminta orang ramai agar tidak memandang serong terhadap bekas pesakit Covid-19.

“Orang luar mungkin ada yang tidak pernah berjumpa dengan individu yang ada pengalaman dengan Covid-19 sebelum ini.

Alif menjalani kuarantin selama 12 hari di Hospital Melaka.

“Disebabkan itu, mereka ambil sikap sambil lewa walaupun Covid-19 tengah serius berlaku. Benda ini sesuatu yang real (Covid-19 wujud)!

“Saya juga harap orang ramai tidak memandang serong terhadap mana-mana individu yang dijangkiti Covid-19 sebab tiada siapa yang minta untuk dijangkiti.

“Macam saya dah immune dengan Covid-19, jadi tiada masalah untuk saya keluar berjumpa anda semua,” katanya.

Alif ditemui pada majlis sidang media Anugerah MeleTOP Era 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.

Alif menang kategori Hos MeleTOP Era.

Dalam majlis tersebut, bapa kepada tiga cahaya mata itu memenangi trofi Hos MeleTOP Era.

ALIF SATAR

PENYANYI

Bakal tampil dengan sebuah video mengenai pengalaman dijangkiti Covid-19 serta melalui tempoh kuarantin hampir dua minggu di Hospital Melaka, Alif berharap perkongsiannya itu dapat memberikan manfaat buat semua.

“InsyaAllah dalam minggu ini saya akan kongsi dokumentasi perjalanan saya selama 12 hari dalam hospital.

“Kandungan video itu akan lebih tertumpu pada segi mental (sepanjang tempoh kuarantin). Saya tak sabar nak kongsikan di saluran Youtube saya nanti,” katanya.

Alif disahkan positif Covid-19 dan dia telah menjalani kuarantin di Hospital Melaka sebelum dibenarkan keluar wad pada 4 Disember lalu.

Sumber: mystar