Tahukah Anda Apple iPhone 12 Baru Lebih Murah Di Malaysia? iPhone terbaru Apple iaitu iPhone 12 telah diumumkan pada 13 Oktober lalu. 

Pada masa ini, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro sudah disenaraikan di laman web Apple Malaysia, tetapi butiran ketersediaannya belum didedahkan lagi.

Sejak pengumuman iPhone baharu ini, terdapat pelbagai reaksi di rata-rata netizen. 

Selain tidak menyediakan power adapter untuk siri ini, tak dinafikan bahawa harga iPhone 12 telah menjadi topik di kalangan netizen. Bermula dari RM3,399, Apple tetap berpegang pada tradisi dengan menawarkan harga runcit yang tinggi untuk produk mereka.

Oleh kerana Apple dianggap sebagai jenama high-end, maka tak hairanlah harga iPhone akan jadi mahal. Namun, tahukah anda Malaysia adalah antara negara termurah untuk mendapatkan iPhone? Yes, despite starting at RM3,399 ia masih dianggap ‘murah’ jika dibandingkan dengan harga pasaran di negara lain!

Tahukah Anda Apple iPhone 12 Baru Lebih Murah Di Malaysia?

Tahukah Anda Apple iPhone 12 Baru Lebih Murah Di Malaysia?

Perbandingan harga pelancaran negara lain

Sebuah data yang disediakan oleh Statista menunjukkan perbandingan harga pelancaran iPhone 12 dan iPhone 12 Pro di negara lain.

Antara negara disenaraikan ialah China, Amerika Syarikat (AS), Jepun, dan India, yang dianggap sebagai pasaran utama.

Menurut data di atas, AS merupakan negara termurah di dunia untuk dapatkan iPhone terkini. Harga untuk iPhone 12 dengan 128GB storage bermula pada USD943 (sekitar RM3,912).

Harga ini berdasarkan telefon yang dibeli tanpa kontrak, trade-in atau SIM-lock dan termasuk cukai penjualan negeri California sebanyak 7.25%. Sekiranya anda memilih iPhone 12 Pro yang lebih premium, anda perlu membayar USD1,071 (sekitar MYR4,443) untuk model 128GB.

Sementara AS adalah negara termurah, India merupakan negara termahal untuk mendapatkan iPhone terkini. Pelanggan di India perlu membayar harga tertinggi, iaitu bermula dari USD1,158 (sekitar RM4,804) untuk harga asas iPhone 12. Bagi iPhone 12 Pro pula, mereka perlu membelanjakan USD1,636 (sekitar RM6,887), lebih mahal daripada yang dibayar oleh pelanggan AS.

Bagaimana Malaysia disenaraikan pula?

Walaupun Malaysia tidak disenaraikan dalam data tersebut, jika dibandingkan menurut data harga tersedia, Malaysia ditempatkan ke-4 selepas AS, Jepun dan China. Hal ini kerana untuk 128GB, ia bernilai RM4,099 (sekitar USD988). Nilai ini hanya lebih RM187 daripada nilai pasaran di Amerika Syarikat dan RM705 kurang dari harga pelancaran India.

Model termurah daripada siri iPhone 12 adalah iPhone 12 Mini. Mempunyai storage capacity sebanyak 64GB, ia bernilai RM3,399. Model termahal adalah iPhone 12 Pro Max 512GB, dengan nilai RM6,699 per phone! Fuhhh. boleh bayangkan harga ini naik lebih dari 2x nilai di India pula.

Untuk maklumat lanjut mengenai iPhone terbaharu, anda boleh layari laman rasmi Apple Malaysia.