PELAKON Barbie Kumalasari menafikan dirinya telah menjalani pembedahan plastik pada wajah dan mengakui dia berketurunan Belanda.

Menurut laporan KapanLagi, Barbie Kumalasari berkata dia tidak mahu rupa parasnya disamakan dengan wajah-wajah orang Indonesia kerana dirinya mempunyai darah campuran.

Malah, bekas isteri kepada pelakon Galih Ginanjar ini mengakui hanya melakukan pembedahan pada bahagian hidung sahaja.

“Terbukti saya ini berketurunan Belanda, jadi mana mungkin nak samakan wajah saya dengan orang Indonesia.

“Seperti yang selalu saya katakan, selama ini saya hanya lakukan pembedahan hidung… kalau untuk dagu, bibir dan mata memang saya tidak pernah jalani apa-apa pembedahan langsung.

“Saya lakukan pembedahan hidung itu pun kerana pernah kena jangkitan akibat rawatan filler,” jelasnya.

Sebelum ini nama Barbie menjadi sebutan ramai apabila suaminya Galih dimasukkan ke penjara kerana menghina kemaluan bekas isteri yang juga pelakon Fairuz A. Rafiq.

Penghujung Ogos lalu, Barbie mengesahkan dia dan Galih sudah bercerai secara rasmi pada Mei lalu.

info: kapanlagi