Berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, tidak dapat dinafikan bahawa banyak pihak yang terjejas dari segi pendapatan terutama sekali apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Selain doktor, jururawat, polis dan tentera, rider penghantar makanan turut berjasa kepada kita terutama sekali apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia. Kiranya tidak menang tangan rider menghantar pesanan makanan anda.

Difahamkan, CEO AirAsia X Benyamin Ismail telah cuba untuk menjadi penghantar makanan untuk restoran Santan. Perkara tersebut telah dikongsikan di laman Instagram restoran Santan.

Menurut Benyamin, beliau secara sukarela menjadi penghantar makanan untuk membantu restoran Santan kerana ingin menjadi contoh kepada keluarga Allstars seperti juruterbang, pramugari, pramugara dan sebagainya yang terjejas pendapatan untuk meraih pendapatan menjadi penghantar makanan untuk restoran Santan.

Tambahnya lagi, inisiatif yang ditawarkan restoran Santan sedikit sebanyak akan membantu ramai orang. Malah, beliau berharap dengan tindakan yang dilakukan olehnya akan memberi inspirasi kepada ramai orang untuk ikuti.

Bercakap tentang pengalaman pertama beliau membuat penghantaran makanan ketika dihubungi, beliau mengatakan bahawa beliau berasa seronok kerana dapat melihat senyuman pelanggan dan akan membuat penghantaran lagi.

Baginya, menjadi satu cabaran terbesar untuk memastikan pesanan makanan sampai pada waktunya. Malah, beliau berasa kagum dan respect pada semua rider di luar sana yang bekerja kuat untuk memastikan anda dapat nikmati makanan anda tepat pada waktunya.

Pasti anda yang sering menggunakan penerbangan AirAsia sudah termimpi-mimpi dan teringin untuk nikmati hidangan dalam penerbangan AirAsia. Tidak perlu risau, restoran Santan kini tawarkan khidmat penghantaran makanan ke sekitar Lembah Klang.