Pengacara Neelofa memaklumkan dia sudah lama tidak mencukur atau mencabut bulu keningnya.

Neelofa, 31, tampil menjelaskan di Instagram Stories selepas menerima banyak pertanyaan mengenai keningnya itu.

“Saya dah lama tak cukur kening, jadi biarkan saja dia macam ni, untuk mereka yang tertanya saya cukur kening ka tidak?

“Kening memang tak dicukur dan tak dicabut,” katanya.

Dalam masa sama, bekas pengacara MeleTop ini turut berkongsi sebuah petikan hadis berkaitan mencabut bulu pada muka.

“Allah melaknat orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabutkan bulu di mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana mereka semua telah menukarkan ciptaan Allah,” tulisnya.

Baru-baru ini, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor tampil mengenakan niqab dalam penghijrahan baru dan penampilannya itu telah mendapat pujian ramai.

sumber: Gempak