Konsol permainan terbaru Sony Playstation 5 akan dibuka tempahan awal di Malaysia bermula 12 November 2020. Jika anda berminat membeli dalam talian, ia turut boleh diperolehi menerusi Stor Rasmi Sony di Shopee Mall.

Jika anda masih belum tahu, harga jualan Sony PS5 di Malaysia adalah RM1,869 untuk Digital Edition, dan RM2,299 bagi versi Disc dengan Blu-Ray Drive. Dari senarai di Shopee, anda turut boleh menggunakan diskaun RM20 menerusi baucar stor, serta membayar secara ansuran tanpa faedah sehingga 18 bulan.

Selain dari konsol PS5, pelbagai aksesori turut disenaraikan di Stor Rasmi Sony di Shopee Mall. Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:

  1. DualSense Wireless Controller – RM349
  2. PULSE 3D wireless headset – RM469
  3. HD Camera – RM279
  4. DualSense Charging Station – RM149

Menurut Shopee, unit yang disertakan dalam tempahan awal ini sangat terhad. Ia bermula dari pukul 12 tengah malam, pada 12 November 2020. Konsol terbaru Sony ini akan mula dijual di Malaysia pada 11 Disember 2020.https://883756b8a3c3a489b05385230bc0ef1b.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Jika anda lebih berminat untuk membuat tempahan awal di kedai, anda boleh semak senarai penuhnya dalam artikel kami di bawah ini.