ORANG ramai membanjiri pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara selepas permohonan i-Sinar dibuka secara dalam talian pada Isnin.

Selain ibu pejabat di Kuala Lumpur, barisan panjang turut dilihat di pejabat KWSP yang lain.

Di KWSP Shah Alam misalnya, barisan panjang 100 meter dilihat sewaktu tengah hari.

Namun, semuanya menjaga jarak dan mematuhi ketetapan berkaitan Covid-19.

Kebanyakannya datang kerana keliru mengenai permohonan dalam talian.

Permohonan itu melibatkan dua kategori.

Kategori 1 adalah melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori 2 pula adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas.

Dua kategori itu membabitkan lapan juta ahlinya yang layak memohon skim i-Sinar. – The Star.